Bateri dan kad ingatan Powershot A400

Kamera Powershot A400 menggunakan dua bateri AA piwaian dan boleh menggunakan bateri caj semula. Sekiranya anda kehabisan kuasa ditempat yang tidak dapat mengecaj, adalah mudah membeli bateri baru untuk terus menggunakannya. Sekiranya ia dirancang untuk digunakan secara berterusan, adalah digalakkan mendapatkan bateri boleh caj dan pengecaj. Dua bateri AA alkalin tidak boleh caj disertakan bersama dalam kotak.

Gambar yang diambil boleh disimpan dalam kad ingatan Secure Digital (SD) yang popular dan mudah didapati. Kad ingatan 16mb disertakan bersama kamera Powershot A400, tetapi, ia juga boleh menerima kad MMC dan MicroSD (dengan adapter).